JANGAN LUPA SIGN MY GUESTBOOK YA !!

Tuesday, June 23, 2009

Kek istimewa untuk anak-anakku...


Hari tu punya la Fahmi & Firdaus tak puas makan cupcakes choc dari Anis Bakery so aku order lagi untuk diorang...Kali ni aku order sebiji kek choklat...nyum..nyummy...sedap sangat!! Tapi kek tu aku tak sempat nak bagi kat adik aku G-Lah sebab dah tinggal sikit sebab budak-budak ni pulun sampai habis. Sorry ya 'Meklah"..


Monday, June 15, 2009

Cup Cakes

Petang semalam kami sekeluarga ke Kg Sg Ramal, Kajang untuk ambil cup cakes di Anis Bakery. Cup cakes tu aku nak bagi pada kawan-kawan Fahmi kat tadika. Sebelum balik kami singgah makan satay di Hj Samuri,Kajang...

Sampai je di rumah aku packing CC ke dlm paper bag...

Fahmi's Birthday

Semalam kami sekeluarga menyambut hari jadi Fahmi yang ke-5.Dia nak sangat kek Ben 1o so aku pergi ke Secret Receipe utk order satu kek...Birthday party Fahmi simpel je...Aku nyanyi lagu birthday dan dia & Firdaus tiup lilin.Pastu kami makan kek sama2...Ini gambar-gambar yg sempat aku ambik kat rumah...

Thursday, June 11, 2009

Anak sedara...


Hari ni aku mendapat berita bahawa adik iparku selamat melahirkan anak lelaki yg ditunggu-tunggu selama ini.Ye la...sebelum ni dia dah dpt 2 org anak perempuan..Sedihnya aku tak dapat tengok anak buah aku tu sebab dia tinggal di Sarawak. Adik lelaki aku adalah seorang askar di Kem Sri Pakit,Sri Aman Sarawak....Comel je aku nengok Muhd Haris Adib ni...macam kakaknya, Wani.Gambar mms ni di kirim oleh adikku, Edi melalui handphone nyer....Berat baby 2.45 kg...alhadulillah ibu & babynye dua-dua sihat....

Tuesday, June 9, 2009

Anak-anakku....
















Emmm...melihat telatah ketiga2 anak lelaki ku membuatkan aku tak sunyi dalam mengharungi hidup ini.Tambah lagi dgn sorang lagi lelaki yg menjadi pujaan hatiku selama ini iaitu...tentulah suamiku!!

Salam sayang....

Hii....Ini lah kali pertama aku nak try buat blog sendiri..Tengok orang punye semuanya cantik2 tapi tak tau la macam mana aku punya nanti.Yang penting usaha untuk belajar itu lah yang utama.Lagipun aku bukannya pandai sangat....masih merangkak2 untuk mempelajari ilmu IT yg serba luas ni...
2009,zazaaiman.blogspot.com
Hakcipta Terpelihara